Jumaat, 31 Julai 2009

SEMANGAT!!!

salam semua.....
as rasa seronok sesgt ari ni... xtau nape. maybe coz dpt semangat baru. SEMANGAT nak BF baby nanti. InsyaAllah.... mudah-mudahan bulan ni ada rezki as.... leh tunjuk upt test kat en.abg sempena hadiah yg teristimewa daripada as....
as dapat semangat dr ratuhati.com.. ni semua gara2 baca tread kak risa.. rs semangat tu membuak2. semangat yang ada pada seorg ibu yg berusaha BF zuriat yg dikandung selama 9 bulan memang menakjubkan.... betapa besar KebesaranMu ya Allah... Ya Allah...kurniakanlah kepadaku zuriat yang soleh dan solehah serta sihat tubuh badannya...
sekarang as nak kumpul seberapa banyak maklumat tentang BF... ratuhati.com banyak mengajar as...terima kasih ratuhati....hehehe

Rabu, 29 Julai 2009

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3)
MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Selasa, 28 Julai 2009

AlHamduLiLLAH

en.abg dah sihat.....td pg bgn tido xpanas dah. smlm kul 11 lebih cr klinik yg mana buka. ada 1 klinik ni buka tp doktor balik dah. yg tukang jaga kat dpn tu sombong nk mampus.... geram as... en.abg lupa bw wallet, balik umah dulu ambik. pas tu p klinik 24 jam... selamat ada. demam en.abg kuat juga 38.8.ha......mlm tu xpanas sgt. smlm pg lg panas..xtau la brapa lau p cek. cian en.abg.....

Isnin, 27 Julai 2009

sedih.....risau

ari ni en.abg demam...panas sgt badan en.abg. sejak setahun lebih kami bersama, en.abg xpenah demam panas mcm ni..lau demam pun xla panas sgt. td bg en.abg mkn ubat demam mak wat sementara. kebah dah la pas mkn ubat....en.abg tido,agaknya ubat tu ngantok... tup2.... bdk restoran call kunci van patah..(mcm mana leh patah pun xtau la...ganas sgt). en.abg kena p keje gak...mula2 as xbg p...tp dh ada problem kena gak la...ari ni ada jamuan kat KPJ. so nk set tmpt la kat sana...mcm2 la....as pun xbrapa sihat sgt selsema.huhuhu.....kena dtg keje gak coz ada keje yg perlu diselesaikan.

Sabtu, 25 Julai 2009

nak kongsi gambar.....








ni gmbr masa p rombongan ke Medan-Lake Toba-Brastagi.

ooolaaaaaaaa.....

ari ni ari sabtu...rs cpt sgt nak masuk bulan 8. pejam celik pejam celik...bulan 9 lak... aduh..... hmmm.....sbnrnya as xtau nk cite apa. maklumlah as ni kan pemalu....kuakuakua 3hb 8 ni besday en.abg....ingt nk bg present jam..amacam, ok x???ari tu as temankan mak beli jam kat abah(present), ada satu jam ni....as berkenan sesgt.tu yg plan nk bg jam kat en.abg..tmbh pula bln ni dpt duit kut...best ler....leh shopping (tuk raya sekali tau shopping ni).
pas tu 10hb ari jadi mak tersayang lak...hmmm...kat mak xtau nk bg apa lg.jap2...nk pikir.haaaaa........bg perfume. ok la tu....leh beli perfume kat as sekali...hehehe....seronoknya.....

gmbr hiasan
tp kan......hadiah yg as nak bg sesgt adalah anak kat en.abg dan cucu kat mak.. mudah2an...bulan ni ada rezki kami. insyaAllah...doakan as k.

Jumaat, 3 Julai 2009

waNiTA



Khamis, 2 Julai 2009

PeRtama KAli



hmmm..... salam semua.... ni adalah catatan pertama saya dalam blog ni... salam perkenalan.


Akan tiba membawa masuk suatu hari nanti kami pasti dikurniakan zuriat. InsyaAllah.... Berdoa....dan terus berdoa.


;;